Online Diary My LiFe..: 12/01/2012 - 01/01/2013

Friday, December 28, 2012

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, December 20, 2012

Warkah Cinta

Saya telah mengembara ke hujung dunia mencari CINTA saya.Tapi,pertama kali saya bertemu awk,hati saya terus terpaut.Demi tuhan,saya tidak tahu kenapa,tapi tulah kebenarannya.

Saya telah menolak awk,tapi awk mencabar saya dgn kejujuran awk,awk tahu yg awk tidak bertepuk sebelah tgn,Dan awk berjanji sy bukan slh seekor rama2 perhiasan di dindig bilik tidur awk.

Hanya dengan sebuah renugn sy jatuh tersungkur ke pnjuru mta awk,sy tidaj dpt mmbohong perasaan sy bahawa sy menyayangi awk.Dan saat sy menCINTAI awk,sy telah jatuh ke dasar persaan yang paling dlm.lemas dn hmpir tengelam dlm lautn kasih syg.seribu impian dn sy mula terpikir,sy mengembara ke hujung dunia,mencari awk,rupanya awk ada disisi sy.selama ini baru saya sedar tika dn saat itu.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, December 13, 2012

Maafkan Saya ..

awak. maafkan saya sebab kadang-2 saya manja sangat dengan awak. maaf bila kadang-2 perangai saya kebudak-2kan.

awak. maafkan saya sebab kadang-2 saya selalu cemburu bila awak rapat dengan seseorang.

awak. maafkan saya sebab saya selalu ganggu tido awak, entah kenapa saya rindu kan awak sangat2.

awak. maafkan saya sebab saya sentiasa mahukan awak disisi saya setiap masa.

awak. maafkan saya sebab saya tak kuat bila awak tinggalkan saya walaupun sekejap apa ntah lagi nanti bila awak mungkin tinggalkan saya suatu hari nanti kan?

maaf kerana saya mungkin selalu meragui cinta awak pada saya.
maaf kerana saya perlukan awak selamanya....


terlalu banyak kata maaf untuk diungkapkan tapi awak langsung tak pernah merungut dengan kerenah saya. terima kasih awak. terima kasih kerana sudi sayang dan cintakan orang macam saya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen